+603-8870 0000 info@kospera.com.my
Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya

Berita Terkini

Ikuti perkembangan terkini, pengumuman rasmi dan aktiviti Koperasi Kakitangan SPRM.

KOSPERA, KOBUNITI Jalin Kolaborasi Majukan Pertanian Ladang Pengumuman
29 May 2026 Pentadbir

KOSPERA, KOBUNITI Jalin Kolaborasi Majukan Pertanian Ladang

Putrajaya, 24 Februari - Koperasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Berhad (KOSPERA) telah menandatangani Perjanjian Kolaborasi Projek Pertanian Moden dengan Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KOBUNITI) bagi memajukan pertanian ladang seluas 100 ekar di Gemas, Negeri Sembilan. Kolaborasi ini akan memberi tumpuan terhadap tanaman jagung bijian dan napier sebagai penghasilan makanan untuk ternakan haiwan di Malaysia. Majlis menandatangani perjanjian kolaborasi pada 21 Februari lalu itu telah disempurnakan oleh Pengerusi KOSPERA, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengerusi KOBUNITI, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Indera Junipah Wandi mewakili Ketua Pesuruhjaya SPRM selaku Penaung KOSPERA yang diadakan di Duta Riang Villa, Selandar, Melaka. Dato’ Sri Shamshun Baharin berkata, usaha ini merupakan langkah pertama KOSPERA di dalam menceburi sektor pertanian berskala besar bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada import makanan haiwan ternakan negara dan memastikan bekalan makanan ternakan haiwan yang stabil kepada sektor ternakan di Malaysia. Sementara itu, satu sesi perbincangan telah diadakan antara KOSPERA dan KOBUNITI bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di pejabat SADC, Ipoh Perak pada 20 Februari lalu bagi memperluaskan kawasan penanaman bawang. Peluang kerjasama di antara KOSPERA, KOBUNITI dan SADC dijangka dapat membantu kerajaan mempertingkatkan bekalan bawang bagi pasaran tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada bawang import.